13
Mar
09

PERCUTIAN DI GONG CHALET,PENGKALAN BALAK

gong chalet gong chalet

Batu 27, Jalan Persiaran Pantai,

Kampung Teluk Gong,

Kuala Sungai Baru,

78300, Masjid Tanah, Melaka.

Gong Chalet adalah sebuah tempat yang menarik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa. Anda akan berpeluang melihat matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang  yang dikasihi kerana Gong Chalet ini terletak berdekatan dengan pantai pengkalan balak, satu-satunya pantai yang cantik dan selesa untuk anda di Melaka.

Gong Chalet juga menawarkan kepada anda percutian lengkap bagi setiap peringkat umur tidak kira anda datang bersama keluarga rakan, mahupun kekasih, pasti anda tidak akan melupakan keseronokan berada di sini. Chalet ini juga terletak berdekatan dengan pantai pengkalan balak di mana terdapat perkampungan nelayan yang pastinya membuatkan anda tertarik untuk mempelajari cara hidup mereka. Anda juga mungkin berpeluang melihat sendiri penyu karah yang banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini.

Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami.

PANTAI PENGKALAN BALAK

Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.

Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.

Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.

Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

GAMBAR PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA.

DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

dsc00012 tanjung-bidara

pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008

images14 images16 images12

images7 images11 images8

images131 images12 images3